Thursday, 19 May 2016
Saturday, 14 May 2016
PERANAN GURU DALAM PELAKSANAAN INOVASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI SEKOLAH
Definisi Inovatif
Kemampuan membina
transformasi atau mencipta sesuatu yang baru sama ada dalam bentuk sumber atau
kaedah yang relevan dengan perkembangan semasa ke arah penjanaan dan perkembangan
minda yang lebih dinamik.
Apakah maksud 'guru
inovatif'?
Guru yang mempunyai
kebolehan melengkapkan murid dengan kemahiran alaf baru seperti keupayaan
berfikir secara kritis, kebijaksanaan menyelesaikan masalah dan daya kreativiti
yang tinggi.
Dipetik daripada ucapan Tan Sri Dato’
Muhyiddin Mohd
Yassin,
Timbalan Perdana Menteri, semasa
sambutan hari guru
(16
Mei 2012) di Bandar Diraja Perak Darul Ridzuan.
Peranan
Guru Inovatif
- Dapat mentransformasikan proses pengajaran dan pembelajaran bagi melahirkan murid yang berdaya saing, berakhlak mulia dan bersemangat waja.
- Melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka sesuai dengan misi dan visi sekolah serta mampu memenuhi matlamat pendidikan negara ke arah meningkatkan kualiti pendidikan.
- Menguasai dan peka terhadap perkembangan dalam bidang pedagogi.
- Sentiasa memikirkan cabaran yang bakal dihadapi oleh murid setelah mereka melangkah keluar dari sekolah.
- Dapat mentransformasikan proses pengajaran dan pembelajaran bagi melahirkan murid yang berdaya saing, berakhlak mulia dan bersemangat waja.
- Melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka sesuai dengan misi dan visi sekolah serta mampu memenuhi matlamat pendidikan negara ke arah meningkatkan kualiti pendidikan.
- Menguasai dan peka terhadap perkembangan dalam bidang pedagogi.
- Sentiasa memikirkan cabaran yang bakal dihadapi oleh murid setelah mereka melangkah keluar dari sekolah.
Ciri-ciri
Guru Berinovasi
Guru
yang berkualiti adalah guru yang berinovasi. Antara ciri-ciri guru berinovasi ialah
guru mempunyai kebolehan untuk melengkapkan murid dengan kemahiran alaf baru
seperti keupayaan berfikir secara bijaksana, menyelesaikan masalah dan daya
kreativiti yang tinggi. Banyak cabaran yang ditempuhi oleh generasi muda
terutamanya pada era globalisasi ini. Sudah sepatutnya guru harus mampu untuk
menyediakan murid-murid agar mereka dapat mengharungi arus globalisasi ini.
Ciri
kedua, guru berinovasi tidak akan terikat dengan sesuatu cara dalam melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, sebaliknya sentiasa berfikir di
luar kotak pemikiran biasa untuk mencari kaedah serta pendekatan yang lebih
berkesan.
Ciri
lain yang disebut oleh Tan Sri Muhyiddin adalah memastikan murid berupaya menggunakan
ilmu yang diajarkan di dalam bilik darjah bukan semata-mata untuk berjaya dalam
peperiksaan malah membolehkan mereka menyelesaikan masalah yang dihadapi di
dunia nyata. uru harus dapat mendedahkan kepada murid tentang kaitan
ilmu yang pelajari di dalam kelas dengan dunia nyata misalnya. Misalnya, dengan
menggunakan kaedah penyelesaian masalah dengan masalah yang menyerupai situasi
sebenar. guru tidak seharusnya sekadar menyampaikan apa yang terdapat di dalam
buku teks.
Guru ini bersifat all-rounded di mana seperti yang
diperkatakan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, guru berinovatif ini guru yang
sentiasa memikirkan apakah cabaran yang bakal dihadapi oleh murid setelah
mereka melangkah keluar dari lingkungan sekolah, dan apakah ilmu yang dipelajari
di sekolah mampu memberi kelebihan kepada mereka untuk bersaing di dunia nyata.
Guru
seumpama ini juga sentiasa mengubah kaedah pengajarannya mengikut peredaran
masa. Contohnya pada masa sekarang, teknologi adalah salah satu aspek yang
tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan. Oleh itu, sekiranya
guru tersebut adalah seorang penginovasi ini pasti guru tersebut akan
melengkapkan pelajarnya dengan kemahiran teknologi.
Peranan Guru dalam Pelaksanaan
Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran
Guru
sentiasa perlu melengkapkan diri dengan maklumat-maklumat terkini dan juga
kaedah-kaedah pengajaran yang baru dan sesuai. Antara ciri guru berinovasi
adalah mempunyai kebolehan untuk melengkapkan murid dengan kemahiran alaf baru
seperti keupayaan berfikir secara bijaksana, menyelesaikan masalah dan daya
kreativiti yang tinggi.
Hal ini sejajar dengan pandangan Noriati A. Rashid
dalam Guru dan Cabaran Semasa iaitu guru-guru perlu memiliki
keupayaan dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang mampu melahirkan
generasi yang kreatif dan inovatif. Di samping itu, guru berinovasi tidak akan
terikat dengan sesuatu cara dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
dalam bilik darjah, sebaliknya sentiasa berfikir di luar kotak pemikiran biasa
untuk mencari kaedah serta pendekatan baru yang lebih berkesan. Menurut
Esah Sulaiman dalam Amalan Profesionalisme Perguruan, guru perlu cekap
mengubahsuai pengajaran, prihatin terhadap keperluan pelajar dan jangan terlalu
terikat dengan sesuatu keadaan atau bahan tertentu.
Selain itu, satu daripada tanggungjawab guru kepada murid
adalah menjadi kreatif dan inovatif. Syed Ismail bin Syed Mustapa dan Ahmad
Subki bin Miskon, 2010, mengemukakan bahawa guru yang kreatif dan inovatif
dapat mencetuskan idea baharu dan dapat menterjemahkan kehendak dan matlamat
kurikulum dengan menggunakan kaedah, pendekatan dan strategi pengajaran serta
pembelajaran yang kreatif dan inovatif.”
Noriati A. Rashid, 2009 menyatakan bahawa guru-guru tidak
sepatutnya meneruskan pengajarannya sedangkan ada dalam kalangan muridnya yang
didapati sudah hilang tumpuan. Halizah Hamzah, 2009, pula berpadangan
bahawa guru seharusnya melaksanakan kaedah atau teknik yang baharu, efektif dan
yang dapat merangsang minat murid. Kepelbagaian aktivti bukan sekadar
berupaya menarik minat murid bahkan juga boleh mewujudkan suatu situasi di mana
murid tertunggu-tunggu untuk melihat aktiviti berikutnya.
Pengajaran dan pembelajaran
juga tidak seharusnya hanya tertumpu di dalam kelas, sejajar dengan inovasi
dalam kurikulum bilik darjah, takrif bilik darjah juga adalah semakin luas dan
tidak boleh dihadkan dalam ruang empat dinding seperti pada abad ke-20. Dengan
adanya inovasi seperti ini akan menjadikan pembelajaran semakin menarik dan
pelajar tidak mudah bosan dan melahirkan generasi pelajar yang aktif, kreatif,
motivatif dan dinamik
Sunday, 8 May 2016
Friday, 29 April 2016
Thursday, 28 April 2016
PENULISAN REFLEKSI PRAKTIKUM
1.0
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Menurut
Hanipah (2004) refleksi mengikut sesetengah orang adalah satu ulasan terhadap
amalan seseorang untuk memastikan ketepatan kepada satu-satu peraturan yang
telah ditentukan. Refleksi juga boleh dilihat sebagai menjadikan satu situasi
bermasalah dalam amalan seseorang itu sebagai satu cara memperoleh pemahaman
atau pengertian baru dalam amalannya. Selain itu, Hanipah juga mendefinisikan
refleksi sebagai satu proses merenung, menganalisis dan mencari alasan dan
seterusnya membuat cadangan dan tindakan untuk memperbaiki diri yang dilakukan
secara berterusan.
Amalan refleksi ini diperkenalkan oleh
Donald Schon dalam bukunya “The
Reflective Practitioner” dalam tahun
1983. Menurut beliau, amalan refleksi merangkumi pengalaman dalam minda apabila
menggunakan pengetahuan teori yang berubah menjadi aplikasi praktikal. Secara
amnya, refleksi adalah pengalaman hidup peribadi seseorang itu. Oleh itu, dalam
konteks perguruan kebolehan membuat transformasi dan refleksi membolehkan guru
sentiasa mempelajari dan memahami sesuatu yang baru hasil daripada apa yang
boleh dilaluinya.
Menurut Shulman (1987) dalam konteks
perguruan, kebolehan membuat transformasi dan refleksi membolehkan guru
sentiasa mempelajari dan memahami sesuatu yang baru hasil daripada apa yang
telah dilaluinya. Hal ini menjadikan refleksi adalah suatu proses yang penting
dalam kitaran pembelajaran bagi kemajuan profesion keguruan. Pengalaman
pengajaran yang diperoleh oleh guru-guru sejak mereka mula berkhidmat adalah
amat bernilai dan boleh dikongsi untuk manfaat semua guru. Berasaskan kaedah
yang sistematik dalam refleksi, pengalaman tersebut dapat dijadikan pengajaran
dan membawa pengertian kepada semua guru.
Refleksi tersebut akan memberi input
yang berharga untuk memperbaiki diri dan peribadi seorang guru. Proses
mengingat kembali faktor-faktor penyebab dan hasil tindakan guru-guru akan
memberi pengertian kepada mereka untuk mengelak perkara-perkara yang kurang
berkesan dan memperbaiki segala tindakan mereka. Guru-guru yang cekap dalam
mengamalkan refleksi juga akan mengalami proses pembelajaran dan pengajaran
yang lebih bermutu.
Menurut Adenan Ayob dan Khairuddin
Mohamad (2012), pengajaran dapat didefinisikan sebagai satu pelaksanaan yang
melibatkan usaha guru untuk membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil
inisiatif untuk belajar demi memperoleh ilmu pengetahuan dan menguasai
kemahiran. Dalam pengajaran, terdapat beberapa ciri yang penting antaranya
ialah penglibatan guru sebagai tenaga pengajar dan pelajar sebagai orang yang
belajar. Kedua-dua aspek ini penting bagi mewujudkan proses pembelajaran.
1.2 Latar
Belakang
Pada
hari Isnin bertarikh 6 Julai 2015, saya melaporkan diri di pejabat sekolah dan
berjumpa dengan pengetua iaitu Encik Hazawawi bin Yusof serta penolong kanan 1
iaitu Encik Rosli bin Mat Isa. Saya menyerahkan borang lapor diri untuk di
tanda tangan oleh pengetua sebagai pengesahan bahawa saya di terima untuk
menjalani latihan mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan King Edward selama 16
minggu bermula 6 Julai 2015 sehingga 31 Oktober 2015.
Setelah selesai berjumpa dengan pengetua
dan penolong kanan, saya diarahkan untuk bertemu dengan penolong kanan sesi
petang kerana saya diberi tugas untuk mengajar pada sesi petang. Saya berjumpa
dengan penolong kanan sesi petang iaitu Encik Mohd Noor bin Ramli untuk
mengetahui mengenai jadual waktu mengajar. Pada hari pertama saya tidak masuk
ke kelas untuk mengajar kerana pihak sekolah tidak lagi memberikan saya jadual
waktu. Hal ini kerana terdapat beberapa perkara yang saya perlu selesaikan
terlebih dahulu memandangkan jadual masih belum selesai di cetak.
Penolong kanan sesi petang sempat
memberikan taklimat ringkas kepada kami berkaitan sekolah tersebut seperti,
persekitaran sekolah, pelajar, peraturan sekolah, guru-guru dan suasana
pembelajaran di sekolah tersebut. Kemudian penyelia petang menerangkan serba
sedikit mengenai takwin sekolah dan jadual waktu pada bulan ramadhan adalah
berbeza daripada bulan biasa. Di samping
itu, beliau memaklumkan guru yang akan menjadi mentor saya sepanjang menjalani
latihan mengajar di sekolah tersebut. Guru pembimbing tersebut adalah Puan Nur
Hidayah binti Abdul Aziz.
Seterusnya saya dan rakan di arahkan
berjumpa Cikgu Ahmad Mazlan di makmal komputer untuk menguruskan berkaitan
pendaftaran sistem kehadiran. Kami mengisi maklumat diri untuk didaftarkan
dalam sistem tersebut sebagai pengesahan sebagai petugas di sekolah tersebut.
Setelah selesai perkara ini kami sempat menghadiri mesyuarat sekolah yang
melibatkan semua guru di sekolah itu. Oleh sebab kami sudah sah melaporkan diri
di sekolah itu secara langsungnya kami juga perlu menghadirkan diri ke bilik
mesyuarat. Selepas selesai mesyuarat tersebut, kami dibenarkan pulang dan akan
kembali bertugas pada keesokan harinya.
2.0
PENULISAN
REFLEKSI PRAKTIKUM
2.1 Bahagian
1: Masalah Semasa Pengajaran dan Pembelajaran
2.1.1 Pengurusan
Bilik Darjah
Pada hari Isnin bertarikh 17 Ogos 2015 guru praktikum telah diselia buat
pertama kali oleh guru pembimbing iaitu Puan Nurul Hidayah. Kelas penyeliaan
ini ialah kelas 2 UKM dan guru praktikum diselia pada jam 4.30-5.35 tengah
hari. Bilangan pelajar seramai 24 orang daripada 28 orang pelajar. Pada hari
tersebut guru praktikum telah mengajar komsas iaitu Cerpen Anak
Penggunting Rambut dalam Antologi Gema
Sepi Gadis Genius. Masalah yang dikenal pasti dalam proses
pengajaran dan pembelajaran guru praktikum ialah berkaitan pengurusan bilik
darjah. Menurut tindak balas oleh guru pembimbing berkaitan pengajaran, guru
praktikum mulakan pengajaran di dalam kelas dalam keadaan kelas yang tidak
bersih dan meja tidak teratur. Hal ini melibatkan kemahiran pengurusan bilik
darjah saya amat lemah kerana sebagai seorang guru perlulah bersedia dari segi
mental dan fizikal.
Persekitaran bilik darjah yang mendorong pengajaran dan
pembelajaran tidak wujud begitu sahaja. Seseorang guru hendaklah merancang
serta melaksanakan kegiatan yang boleh mewujudkan persekitaran dan iklim yang
sedemikian. Suasana bilik darjah yang harmoni membantu peningkatan pengajaran
dan pembelajaran yang lebih bermakna adalah menjadi tanggungjawab guru untuk
membentuknya. Iklim dalam bilik darjah yang baik biasanya dikaitkan dengan
kepatuhan dan keseronokan murid dan guru dalam bilik darjah tersebut. Dari aspek pengurusan iklim fizikal, guru
hendaklah memastikan bilik darjah itu sentiasa bersih dan kerusi mejanya
teratur.
Kebersihan berkait rapat dengan kemahiran pengurusan
bilik darjah secara sistematik. Hal ini sangat penting kerana untuk menarik
minat murid dalam memulakan pembelajaran di mana guru mestilah mewujudkan
suasana yang harmoni dan konduksif. Hal ini dilihat bahawa guru praktikum tidak
menitikberatkan mengenai kebersihan dan susun atur meja di dalam kelas sebelum
memulakan pengajaran dan pembelajaran. Guru praktikum sepatutnya mengarah murid
untuk membersihkan kelas sebelum memulakan pengajaran dan memastikan keadaan
kelas teratur dan kemas.
2.1.2 Soalan
Guru Tidak Jelas
Masalah yang kedua dikenal pasti dalam proses pengajaran dan
pembelajaran saya pada penyeliaan pertama oleh guru pembimbing ialah berkaitan
penyoalan. Guru pembimbing menyatakan bahasa sekiranya guru ingin mengemukakan
soalan kepada murid, soalan yang dikemukakan haruslah jelas agar murid mudah
memahami setiap soalan yang ditanyakan. Masalah ini berkaitan dengan kemahiran
penyoalan guru itu sendiri. Teknik penyoalan haruslah dikuasai sebaik mungkin
oleh guru kerana ia sangat penting dan mempunyai peranan dalam pengajaran dan
pembelajaran.
Penyoalan adalah apa jua pernyataan atau perlakuan
yang memerlukan maklum balas murid. Selain daripada berbentuk lisan, penyoalan
juga boleh dilakukan melalui ekspresi muka, isyarat dan konteks fizikal.
Penyoalan dalam pengajaran dan pembelajaran bertujuan tertentu. Terdapat
beberapa tujuan guru menyoal murid antaranya ialah untuk menilai pengetahuan sedia ada, menimbulkan
minat, membina pemahaman yang mendalam di samping membina idealisme, sikap dan
penghargaan, memantapkan pembelajaran, merangsang pemikiran kritis dan
sebagainya.
Perkara ini dapat dilihat bahawa soalan
yang guru praktikum kemukakan kurang difahami oleh murid kerana menurut guru
pembimbing, guru praktikum tidak menggunakan teknik penyoalan yang sebetulnya.
Di samping itu, guru tidak membuka ruang soalan kepada pelajar tetapi bersoal
jawab secara menyeluruh. Hal ini menyebabkan terdapat gangguan apabila murid
menjawab soalan tersebut secara beramai-ramai dan keadaan kelas menjadi tidak
terkawal dan bising dengan pelbagai jawapan.
2.1.3 Guru
Tidak Menyediakan Latihan Pengukuhan
Masalah
yang seterusnya berdasarkan komen
daripada guru pembimbing pada penyeliaan pertama ialah berkaitan bahan
pengajaran. Guru tidak menyediakan soalan pengukuhan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3).
Pengukuhan boleh didefinisikan sebagai aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh
guru selepas pengajaran dan pembelajaran dalam pelbagai bentuk latihan. Cara
atau bentuk latihan pengukuhan yang diberikan kepada murid-murid adalah sama.
Setiap murid dikehendaki menjawab atau melakukan dengan menerima latihan atau
tugasan yang diberikan oleh guru dalam bentuk yang sama dan tiada perbezaan. Daripada
situlah kita boleh melihat perbezaan murid mana yang dapat menguasai pengajaran
dan pembelajaran dengan baik. Biasanya, aktiviti pengayaan juga terdapat dalam
buku teks sebagai aktiviti pengukuhan selepas guru sudah mengajar kemahiran
asas.
Pada pengajaran dan pembelajaran ini,
guru hanya melaksanakan aktiviti semasa di dalam kelas sahaja tanpa memberikan
soalan latihan pengukuhan kepada murid untuk dibuat di rumah sebagai kerja
sekolah. Masalah ini dinyatakan oleh guru pembimbing. Beliau menasihati agar
masalah ini tidak sepatutnya berlaku kerana latihan pengukuhan ini sangat
penting kepada murid kerana aktiviti pengukuhan bertujuan untuk memantapkan
pengetahuan dan kemahiran yang telah dikuasai oleh murid. Contoh aktiviti
pengukuhan yang boleh dijalankan adalah seperti memberi latihan yang lebih
mencabar, memberi banyak latihan dalam pelbagai bentuk, melatih murid
menyampaikan maklumat dalam pelbagai bentuk grafik seperti peta minda, carta
organisasi dan rajah, melatih murid membuat nota, menjalankan latih tubi dan
melatih murid mengenal pasti idea utama.
2.1.4 Guru
Tidak Melibatkan Semua Murid
Penyeliaan
oleh guru pembimbing buat kali kedua ialah pada minggu berikutnya iaitu pada
hari Isnin bertarikh 24 Ogos 2015. Pada hari tersebut, guru praktikum telah
mengajar karangan yang bertajuk Langkah-langkah Memupuk Minat Membaca. Objektif
pembelajaran pada hari ini ialah, pada akhir pelajaran murid dapat
menyatakan sekurang-kurangnya satu isi berserta contoh secara lisan. Di samping
itu, murid dapat menulis satu perenggan karangan tentang langkah memupuk minat
membaca dengan menggunakan teknik IMPAK. Pada pengajaran dan pembelajaran
pada hari ini, guru praktikum telah menggunakan video dan lembaran kerja.
Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
ini, guru praktikum telah menerima teguran daripada guru pembimbing bahawa
pengajaran guru praktikum tidak merangsang penglibatan semua murid secara
aktif. Hal ini kerana guru praktikum lebih banyak menerang dan menjelaskan manakala
murid hanya mendengar. Dan tiada komunikasi dua hala antara guru dengan murid. Tambahan
lagi guru praktikum hanya memberikan perhatian kepada murid yang duduk di
hadapan serta di tengah sahaja tanpa pedulikan murid yang duduk di belakang dan
sebelah tepi. Guru pembimbing menasihati agar menggalakkan penyertaan semua
murid di dalam kelas dan kerap kali bertanya kepada murid yang pendiam.
Di samping itu, guru praktikum dikatakan
tidak prihatin terhadap murid yang pendiam dan hanya membiarkan mereka hanyut
dalam dunia mereka sendiri. Hal ini sepatutnya tidak terjadi kerana guru
praktikum mestilah bertanggungjawab untuk menguasai kesemua muridnya agar
mereka tidak ketinggalan dalam pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut.
Guru praktikum melaksanakan beberapa perkara dalam merangsang penglibatan murid
namun ia tidak mendapat sambutan yang baik daripada murid. Hal ini mungkin
persediaan pelajar tiada dan menyebabkan mereka hanya memberi perhatian kepada
pengajaran.
2.1.5 Guru
Terlalu Bergantung pada Nota Semasa Pengajaran dan Pembelajaran
Pada
25 Ogos 2015 pensyarah akan menyelia guru praktikum buat kali pertama. Hari tersebut
guru praktikum mengajar cerpen
‘Warkah Daripada Ibu’ dalam Antologi Gema Sepi Gadis Genius. Objektif
pembelajaran pada hari ini ialah pada akhir pelajaran, murid dapat menjelaskan
sinopsis cerpen ‘Warkah Daripada Ibu’ secara
lisan. Di samping itu juga menghuraikan sekurang-kurangnya dua watak dan
perwatakan yang terdapat dalam cerpen secara tulisan. Masalah yang ditegur oleh penyelia ialah berkaitan
penggunaan nota semasa sesi penerangan kepada murid.
Guru
praktikum dikatakan terlalu bergantung pada nota semasa pengajaran dan
pembelajaran berlangsung. Pensyarah menasihati agar perkara ini tidak terlalu
kelihatan ketara bahawa guru mengajar berpandukan nota. Hal ini kerana perkata
tersebut menampakkan guru praktikum cetek ilmu dan tidak yakin dengan ilmu di
dada sehinggakan perlu membaca nota semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.
Guru seharusnya sudah mahir dengan bidang yang ingin diajar kepada murid di
dalam kelasa agar tidak terlalu melihat dan membaca nota tersebut semasa
mengajar murid. Di samping itu, guru praktikum kelihatan tidak mempunyai ilmu
yang mendalam terhadap topik pengajaran pada hari tersebut kerana sesi
penerangan tersekat-sekat akibat terlalu bergantung pada nota yang telah di
tulis sebagai rujukan sendiri.
2.2 Bahagian
2: Punca-punca Masalah
Berlaku
2.2.1 Kesuntukan
Masa
Masalah
pengurusan kelas iaitu mengenai kebersihan di dalam kelas ini berlaku kerana
guru praktikum terlalu mengejar masa untuk memastikan apa yang telah dirancang
untuk pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan sebagaimana yang telah
tertulis dalam rancangan pengajaran harian. Hai ini demikian kerana jika guru
praktikum mengambil masa yang lebih untuk murid membersihkan kelas sebelum
memulakan pengajaran dan pembelajaran pastinya sesi pengajaran akan bermula
lewat dan ini telah menyebabkan masa untuk menjalankan pengajaran dan
pembelajaran telah berkurang. Jika ini berlaku guru praktikum risau sekiranya
fasa dalam rancangan pengajaran harian tersebut terpaksa di ubah.
Selain itu, masalah ini wujud kerana
guru praktikum lebih mementingkan pengajaran semata-mata tanpa mengambil kira
persekitaran kelas. Hal ini berkaitan dengan kemahiran guru terhadap pengurusan
bilik darjah. Berdasarkan masalah yang wujud itu berpunca daripada sikap guru
praktikum sendiri yang tiada kemahiran berkaitan pengurusan bilik darjah. Di
samping itu, guru praktikal tidak menitikberatkan mengenai kebersihan kelas
sehingga menyebabkan keadaan kelas kotor dan tidak teratur. Oleh hal yang
demikian, jelaslah bahawa masalah ini berlaku kerana faktor masa dan sikap guru
praktikum sendiri.
2.2.2 Guru
Tidak Menggunakan Teknik Penyoalan yang Betul
Masalah
mengenai soalan guru tidak jelas adalah berpunca daripada guru praktikum tidak
menggunakan teknik penyoalan yang berkesan semasa sesi soal jawab dengan murid.
Guru praktikum mengajukan soalan secara umum dan tidak memfokuskan kepada topik
perbincangan. Hal ini menyebabkan berlaku kekeliruan kepada murid dan ini
disebabkan oleh guru praktikum itu sendiri yang tidak menguasai teknik
penyoalan yang berkesan dan dapat di terima oleh murid. Murid tidak dapat mengesan apakah sebenarnya yang
menjadi tumpuan oleh soalan guru itu.
Perkara ini
juga berlaku disebabkan ruang masa yang singkat diberikan kepada murid untuk
menjawab soalan dan menyebabkan mereka kurang keyakinan dan berasa takut untuk
mengemukakan jawapan atau pandangan terhadap pertanyaan yang diajukan oleh guru
praktikum. Guru praktikum juga tidak mengajukan soalan secara sukarela kepada
murid dan ini menyebabkan kan soalan-soalan yang di ajukan tidak mendapat
sambutan yang baik oleh semua murid.
2.2.3 Tahap
Kesediaan Guru dalam Pengajaran
Masalah
guru praktikum tidak menyediakan latihan pengukuhan berdasarkan soalan PT3
ialah berpunca daripada tahap kesediaan guru itu sendiri. Hal ini kerana tahap
kesediaan guru praktikum pada fasa pengukuhan dalam rancangan pengajaran hariannya
adalah lemah. Guru praktikum tidak menitikberatkan fasa tersebut kerana guru
beranggapan bahawa soalan yang disediakan semasa latihan dalam kelas sudah
mencukupi. Oleh sebab tanggapan guru praktikum sebegitu, guru tidak menyediakan
bahan bantu mengajar yang sepatutnya dan bersesuaian dengan topik pengajaran
dan pembelajaran untuk diberikan kepada murid sebagai latihan pengukuhan.
Di samping itu, guru praktikum hanya
bergantung pada sesi pengajaran tanpa berusaha untuk menilai kefahaman murid
melalui aktiviti pengukuhan selepas pengajaran. Hal ini di sebabkan oleh sikap
guru yang tidak bersedia terhadap fasa tersebut untuk aktiviti pengukuhan. Guru
juga kurang memberi perhatian terhadap keberkesanan pengajarannya melalui
aktiviti pengukuhan. Hal ini berlaku kerana guru merasa dengan adanya fasa
penutup yang meminta murid membuat rumusan terhadap pembelajaran telah cukup
menunjukkan murid itu faham terhadap pembelajaran pada hari tersebut.
2.2.4 Kedudukan
Murid Berkelompok
Masalah
guru tidak melibatkan semua murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
dilaksanakan di dalam kelas tersebut. Guru dikatakan hanya memberi perhatian
kepada murid yang berada di hadapan dan tengah sahaja. Murid yang duduk di
hadapan dan tengah sudah semestinya murid yang pandai dan menyerlah serta
banyak bertanya. Malah murid yang lemah dan pendiam serta tidak banyak bercakap
duduk di bahagian tepi dan belakang kelas. Hal demikianlah yang menyebabkan
masalah ini timbul kerana kedudukan murid yang berkelompok dan mengasingkan
murid yang pandai dan lemah.
Di samping itu, guru praktikum tidak
mengubah tempat murid yang lemah dan murid yang pandai agar duduk secara
bercampur dan berkumpulan. Peranan ini sepatutnya di ambil kira oleh guru
praktikum agar masalah kedudukan murid berkelompok tidak berlaku dan murid
kurang pandai tidak akan berasa dirinya tersisih.
2.2.5 Guru
Tidak Menguasai Ilmu Secara Menyeluruh
Masalah
guru terlalu bergantung pada nota semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
berlangsung di dalam kelas adalah berpunca daripada guru praktikum itu sendiri
di mana guru praktikum tidak menguasai ilmu dan topik yang diajarkan kepada
murid secara menyeluruh. Guru sentiasa melihat dan membaca nota di tangan dan
keadaan ini dilihat tidak profesional kerana guru praktikum kelihatan tidak
yakin dengan ilmu yang ingin di curahkan kepada murid. Keadaan sebegini tidak
sepatutnya berlaku kerana guru yang ingin mencurahkan ilmu kepada murid
seharusnya menguasai terlebih dahulu sesuatu ilmu dan topik yang ingin diajar
kepada murid.
Selain itu, masalah ini disebabkan tahap
keyakinan guru terhadap diri sendiri
lemah sehinggakan terpaksa menggunakan nota dalam sesi penerangan semasa
pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, guru tidak menghafal ilmu yang
ingin dikongsi kepada murid. Keadaan ini menyebabkan guru lupa apa yang ingin
di sampaikan semasa sesi penerangan berlangsung dan menyebabkan guru praktikum
terpaksa melihat nota.
2.3 Bahagian
3: Langkah Penambahbaikan yang Disarankan
2.3.1 Pengurusan
Bilik Darjah Secara Sistematik
Berdasarkan masalah yang timbul berkaitan
pengurusan bilik darjah ini guru pembimbing menyarankan agar guru praktikum
perlu memainkan peranan untuk mewujudkan bilik darjah konduksif dengan
pengurusan secara sistematik. Hal ini kerana guru memainkan peranan sebagai
pengurus di mana guru praktikum perlu mengurus rutin bilik darjah supaya
murid-murid menjalankan tugas ikut jadual bertugas. Guru praktikum juga hendaklah
mengurus bilik darjah agar menjadi lebih kondusif untuk aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.
Seterusnya
untuk melaksanakan peranan pengurus yang berkesan, guru praktikum perlu tahu
iklim persekitaran bilik darjah dan apakah faktor-faktor yang boleh membantu
untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang sihat. Terdapat beberapa faktor yang menyumbang
kepada suasana tersebut. Antaranya
adalah susunan fizikal dan tempat duduk bilik darjah dan persekitaran
psikososial semasa di dalam bilik darjah. Oleh itu, menurut guru pembimbing,
guru praktikum perlu memastikan kelas bersih dan kerusi serta meja berada dalm
keadaan yang teratur. Dengan ini, guru praktikum perlu memberi arahan yang
tegas kepada murid agar mereka membersihkan kelas terlebih dahulu sebelum
memulakan pengajaran.
Guru
praktikum juga hendaklah memberi ruang dan masa untuk murid berbuat demikian.
Pastikan semua murid telah selesai membersihkan kelas dan berada di tempat
masing-masing barulah guru praktikum boleh memulakan pengajaran. Hal ini sangat
penting agar murid lebih bersedia dan memberi tumpuan yang sepenuhnya terhadap
sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas yang dibersihkan itu.
2.3.2 Menggunakan Teknik Penyoalan yang Berkesan
Menurut
guru pembimbing berdasarkan masalah ke dua yang wujud dalam pengajaran guru
praktikum yang berkaitan penyoalan, beliau menyatakan bahawa guru praktikum
perlu menggunakan teknik penyoalan yang berkesan dengan berunsurkan Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Oleh itu, dalam menerapkan pengajaran dan
pembelajaran yang berunsurkan KBAT, guru praktikum harus melaksanakan beberapa strategi berkesan bagi membimbing murid
untuk berfikir secara KBAT. Antara salah satu teknik paling berkesan dalam
memastikan pelajar juga berfikir secara KBAT adalah Teknik Penyoalan yang
berkesan.
Antara ciri-ciri soalan yang berkesan
yang disarankan oleh guru pembimbing ialah soalan yang diajukan kepada murid
mestilah bermatlamat iaitu ditanya untuk mencapai tujuan tertentu. Selain itu,
soalan perlulah dinyatakan dengan jelas agar murid memahami apa yang dinyatakan
dan soalan juga bersifat ringkas. Pastikan soalan tersebut dinyatakan dengan
seberapa sedikit perkataan yang mungkin agar murid mudah memahaminya.
Di samping itu, soalan tersebut
bercirikan memprovokasi pemikiran di mana ia boleh merangsang pemikiran dan tindak
balas. Soalan guru praktikum mestilah bersifat menyoal siasat iaitu melibatkan
soalan yang membawa kepada soalan yang berikutnya dan mencungkil secara
mendalam. Seterusnya yang paling memainkan peranan dalam menyoalkan murid ialah
soalan tersebut hendaklah disesuaikan dengan tahap murid kerana tahap prestasi
murid adalah berbeza-beza.
2.3.3 Persediaan
Pengajaran yang Mantap
Berdasarkan
masalah yang ke tiga iaitu semasa penyeliaan kali kedua oleh guru pembimbing,
guru praktikal disarankan agar membuat persediaan pengajaran yang mantap dari
segi bahan bantu mengajar di mana guru praktikal dikenal pasti tidak
menyediakan soalan pengukuhan PT3 kepada murid sebagai latihan pengukuhan yang
perlu dibuat di rumah. Oleh itu, guru pembimbing menyarankan agar guru
praktikal membuat persediaan awal mengenai masalah ini.
Guru praktikal perlu menyediakan bahan
bantu mengajar yang berbentuk soalan pengukuhan PT3 kerana pihak sekolah
tersebut sangat menitikberatkan pengukuhan PT3 kepada murid yang bakal
menduduki peperiksaan PT3 agar dapat memberi gambaran awal kepada murid
terhadap soalan berbentuk PT3. Oleh itu, amat penting bagi guru praktikum untuk
main peranan dalam menyediakan latihan pengukuhan ini agar matlamat sekolah
berkaitan PT3 boleh direalisasikan.
Selain itu, guru praktikal seharusnya
merujuk guru tetap untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan soalan
peperiksaan PT3 agar guru praktikum dapat mengetahui mengenai bentuk dan jenis
soalan yang patut diberikan kepada murid. Di samping itu juga guru praktikum
boleh merujuk buku soalan peperiksaan sebenar. Perkara ini dapat membantu guru praktikum
dalam penyediaan soalan latihan pengukuhan untuk diberikan kepada murid.
2.3.4 Susun
Atur Semula Kedudukan Murid
Berdasarkan
masalah ke empat iaitu yang wujud semasa penyeliaan kedua oleh guru pembimbing,
langkah penambahbaikan yang disarankan oleh beliau ialah guru praktikum perlu
main peranan untuk susun atur semula kedudukan murid dengan mengubah kedudukan
murid lemah yang duduk di belakang kelas agar mereka duduk di hadapan kelas.
Hal ini amat penting agar murid yang pendiam dan lemah akan lebih menyerlah dan
boleh melibatkan diri secara aktif semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.
Di samping itu, kedudukan murid di dalam
kelas perlulah bercampur antara murid pandai dengan murid lemah. Keadaan ini
berperanan dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang baik di mana murid pandai
dan murid lemah berada dalam satu kumpulan. Ini amat membantu murid lemah untuk
terus maju dalam pembelajarannya kerana mereka akan lebih bersemangat apabila
berada bersama murid pandai dan mereka akan berasa ingin setanding dengan murid
pandai itu. Perkara sebegini dikata sebagai suntikan semangat kepada murid yang
lemah tersebut.
Selain itu, guru praktikum juga perlu
memberikan perhatian yang lebih kepada murid yang pendiam dan lemah ini dengan
kerap bertanya kepada mereka dan membantu mereka menyelesaikan masalah
pembelajaran. Perkara ini penting kerana dapat membantu proses pemikiran murid
yang lemah itu agar menjadi lebih aktif dalam kelas.
2.3.5 Kuasai
Ilmu Sepenuhnya
Menurut
pensyarah yang menyelia guru praktikum, berdasarkan masalah yang wujud semasa
diselia buat kali pertama beliau menyarankan agar guru praktikum menguasai
sepenuhnya ilmu yang ingin diajar kepada murid. Sebagai seorang guru yang
ditugaskan untuk mencurahkan ilmu kepada murid, guru praktikum seharusnya
melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang secukupnya.
Perkara ini dikatakan penting kepada
guru praktikum kerana untuk memberi dan menyebarkan ilmu yang betul kepada
murid, guru praktikum mestilah terlebih dahulu menguasai ilmu tersebut. Guru
praktikum di nasihati agar mengulang kaji berkaitan ilmu yang ingin diajar
kepada murid sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran bermula agar guru
praktikum lebih yakin dengan ilmu di dada. Keadaan ini boleh mengelakkan guru
praktikum daripada terlalu bergantung pada nota semasa memberi penerangan
kepada murid semasa pengajaran dan pembelajaran.
Oleh itu, perancangan guru mestilah
lebih kreatif dari segi mengadakan pelbagai persediaan, kemudahan dan sumber
rujukan supaya aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih bermakna
dalam mendorong proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih sempurna.
2.4 Bahagian
4 : Rancang Semula Rancangan Pengajaran Harian
2.4.1 Rancangan
Pengajaran Harian 1
Tarikh : 17 Ogos
2015
Masa : 4.30 - 5.35 petang
Tingkatan : 2 UKM
Bil. murid : 28 Orang
Tajuk : Anak
Penggunting Rambut (cerpen) dalam Antologi Gema Sepi
Gadis Genius.
Bidang :
Estetika
Model Pengajaran : Langsung
Hasil Pembelajaran
|
Huraian Hasil Pembelajaran
|
HPU
10.0 Memahami dan memberikan respon peribadi tentang karya sastera.
HPK
10.6 Mengulas karya sastera dari aspek watak dan perwatakan, plot, gaya
bahasa, dan sudut pandangan.
|
Aras 2 (iii)
Menghuraikan watak dan perwatakan dan latar masyarakat.
|
Objektif / hasil
pembelajaran:
Pada akhir pelajaran,
murid dapat :
1.
Menjelaskan sinopsis cerpen secara lisan
2.
Menghuraikan sekurang-kurangnya dua watak dan
perwatakan yang terdapat dalam cerpen “Anak Penggunting Rambut” secara tulisan.
Pengetahuan/ Kemahiran
Sedia Ada :
- Pelajar telah membaca cerpen Anak Penggunting Rambut.
- Pelajar telah mempelajari kaedah menganalisis aspek KOMSAS dalam drama semasa mereka dalam tingkatan satu.
Penyerapan
:
·
Ilmu : Kesusasteraan Melayu
·
Nilai murni
: Ketabahan, kasih sayang, bertanggungjawab, kesabaran dan bersemangat.
·
KBT : Kecerdasan pelbagai,
pembelajaran kontekstual
·
KBKK
: Kemahiran berfikir dan pemikiran kreatif dan kritis.
Kemahiran
Bahasa : Mendengar, menulis dan bertutur.
Tatabahasa
: Kosa
kata
Penggabungjalinan :
Huraian Hasil
Pembelajaran Tingkatan 1
10.6 Aras 1 (vi) Memerihalkan watak-watak dalam
karya.
Langkah Pengajaran dan
Pembelajaran
Fasa dan
Isi kandungan
|
Aktiviti
pengajaran dan pembelajaran
|
Alat/KBT/Nilai
|
Set
Induksi
(5
minit)
·
Menarik minat murid
·
Menghadirkan murid dalam sesi P&P.
·
Menimbulkan perasaan ingin tahu pelajar
|
·
Guru menunjukkan gunting kepada pelajar.
|
BBM:
Gunting
KBT:
Kemahiran
berfikir.
KBKK:
Menjana
idea
Nilai:
Kesedaran
diri
Rasional
|
Fasa 1:
Pengenalan dan sorotan
(5 minit)
(Mengaktifkan
pengalaman lalu)
Objektif:
Bercerita
mengenai pengalaman berkaitan penggunting rambut.
|
·
Guru menyatakan ciri-ciri sebuah
cerpen.
·
Guru mengedarkan sinopsis Anak Penggunting Rambut kepada setiap murid.
·
Guru meminta murid membaca secara
senyap sinopsis tersebut.
·
Guru menceritakan secara ringkas
mengenai cerpen tersebut.
|
BBM:
Kertas
sinopsis
KBT:
Kemahiran
berfikir
KBKK:
Menjana
idea.
Nilai:
Kerajinan
Rasional
|
Fasa 2 :
Persembahan
(10 minit)
(Isi baharu
diperkenalkan dan dihuraikan)
|
|
KBT:
Kemahiran
Belajar cara belajar
KBKK:
Mengenal
pasti
Menghubungkaitkan
Nilai:
Kerajinan
Keyakinan
|
Fasa 3 :
Latihan berpandu
(15 minit)
(Murid
melakukan latihan konsep/kemahiran di bawah pengawasan guru)
|
·
Guru melekatkan beberapa keratan
kertas yang mengandungi ayat sinopsis pada papan putih secara tidak teratur.
·
Murid dipandu oleh guru semasa
menyusun ayat-ayat tersebut.
|
BBM:
Kertas A4,
Keratan kertas, papan putih
KBT:
Kemahiran
berfikir
KBKK:
Menjana
idea
Nilai:
Bekerjasama
Keberanian
|
Fasa 4 :
Latihan kendiri (15minit)
(Murid
melakukan latihan menggunakan konsep/kemahiran mereka sendiri)
|
·
Setelah guru yakin terhadap
latihan berpandu tersebut, guru memberikan latihan kendiri kepada murid.
·
Guru mengarahkan setiap murid
mengenal pasti dan menulis watak dan perwatakan yang terdapat dalam cerpen Anak Penggunting Rambut.
·
Guru menulis satu contoh jawapan
mengenal pasti watak dan perwatakan dengan menggunakan ayat yang betul.
|
BBM :
Kertas A4
KBKK :
Berfikiran
kritis
Nilai :
Berkeyakinan
Bersemangat
|
Fasa 5:
Penaksiran
(5 minit)
|
·
Guru meminta wakil murid untuk membaca hasil kerja mereka.
·
Guru menilai jawapan murid.
·
Kemudian guru mengedarkan latihan
pengukuhan PT3 kepada murid sebagai kerja sekolah.
|
KBKK :
Menilai
keputusan
Nilai :
Berani
Menghargai
|
Penutup (5
minit)
|
·
Guru meminta wakil murid untuk
membuat rumusan terhadap pembelajaran pada hari ini.
|
Nilai :
Pembelajaran
sepanjang hayat
|
2.4.2 Rancangan Pengajaran
Harian 2
Tarikh : 24 Ogos 2015
Masa : 2.10-3.10 Petang
(60 Minit)
Tingkatan : 2 UKM
Bil. Murid : 28 Orang
Tajuk :
Langkah-langkah Memupuk Minat Membaca
Tema : Amalan Membaca
Bidang : Interpersonal
Model
Pengajaran : Pembelajaran
Berasaskan Masalah
Hasil Pembelajaran
|
Huraian Hasil Pembelajaran
|
HPU
2.0 2.0 Memberikan
pendapat yang bernas sebagai sumbangan dalam perbincangan.
HPK
2.2 Menghuraikan idea yag bernas secara kritis dan
kreatif.
|
Aras 2 (ii)
Meneroka pelbagai kemungkinan idea yang dapat dijadikan
penyelesaian masalah.
|
Objektif /
Hasil Pembelajaran
Pada akhir
pelajaran murid dapat:
- Menyatakan sekurang-kurangnya satu isi berserta contoh secara lisan.
- Menulis satu perenggan karangan tentang langkah memupuk minat membaca denga menggunakan teknik IMPAK.
Pengetahuan
Sedia Ada
- Murid telah di ajar cara-cara menulis karangan semasa di tingkatan 1.
- Murid telah didedahkan dengan amalan membaca.
Penyerapan
Ilmu : Bahasa Melayu, Pengetahuan Am
Nilai : Bertanggungjawab, Prihatin, Berkeyakinan, Bekerjasama
KBT : Kemahiran berfikir
Kemahiran Bahasa : Mendengar, Bertutur dan Menulis
Sistem Bahasa : Kosa Kata – Ungkapan
Penggabungjalinan
:
HHP : 12.2 Aras
1
(iii) Menentukan isi-isi penting yang releven dengan
tajuk penulisan.
Langkah
Pengajaran dan Pembelajaran
Fasa dan
Isi kandungan
|
Aktiviti
pengajaran dan pembelajaran
|
Alat/KBT/Nilai
|
Set
Induksi
(5 minit)
|
·
Guru menunjukkan replika burger di
hadapan kelas.
·
Guru bersoal jawab dengan murid
dan kaitkan dengan pembelajaran pada hari ini.
·
Murid yang lemah diberi perhatian
dalam sesi soal jawab.
|
BBM:
Gambar
KBT:
Menjana
Idea
Nilai:
Semangat
|
Fasa 1:
Pengenalan dan sorotan
(10 minit)
(Mengaktifkan
pengalaman lalu)
|
|
BBM:
Lembaran
nota
KBT:
Kemahiran
berfikir.
KBKK:
Menjana
idea.
Nilai:
Bekerjasama
Rasional
|
Fasa 2 :
Persembahan (5 minit)
(Isi
baharu diperkenalkan dan dihuraikan)
Kaedah
mencari idea dalam penulisan karangan.
|
|
BBM:
Kertas
sebak
KBT:
Kemahiran
Belajar cara belajar
KBKK:
Mengenal
pasti
Menghubungkaitkan
Nilai:
Kerajinan
keyakinan
|
Fasa 3 :
Latihan berpandu (15 minit)
(Murid
melakukan latihan konsep/kemahiran di bawah pengawasan guru)
|
|
KBT:
Kemahiran
berfikir
KBKK:
Menjana
idea
Nilai:
Bekerjasama
|
Fasa 4 :
Latihan kendiri (15minit)
(Murid
melakukan latihan menggunakan konsep/kemahiran mereka sendiri)
|
|
KBT :
Kemahiran
belajar cara belajar
KBKK :
Menjana idea
Nilai :
Berkeyakinan
Bersemangat
|
Fasa 5:
Penaksiran (10 minit)
|
·
Guru memilih 2 contoh penulisan
perenggan yang baik daripada murid.
·
Guru dan murid membuat analisis
dan penilaian terhadap perenggan yang ditulis oleh murid.
|
Nilai :
Berani
Rasional
KBKK :
Menilai
keputusan
|
Penutup (5
minit)
|
·
Guru meminta wakil pelajar untuk
membuat rumusan terhadap pembelajaran pada hari ini.
|
Nilai :
Kerajinan
Keberanian
|
2.4.3 Rancangan
Pengajaran Harian 3
Tarikh :
25 Ogos 2015
Masa : 2.10 – 3.10 petang
Tingkatan :
2 UKM
Bil. murid :
28 Orang
Tema :
Kekeluargaan
Tajuk : Cerpen ‘Warkah
Daripada Ibu’ dalam Antologi Gema
Sepi Gadis Genius.
Bidang : Estetika
Model Pengajaran : Langsung
Hasil Pembelajaran
|
Huraian Hasil Pembelajaran
|
HPU
10.0 Memahami dan memberikan respon peribadi tentang karya sastera.
HPK
10.6 Mengulas karya sastera dari aspek watak dan perwatakan, plot, gaya
bahasa, dan sudut pandangan.
|
Aras 2 (iii)
Menghuraikan watak dan perwatakan dan latar masyarakat.
|
Objektif / Hasil
Pembelajaran:
Pada akhir pelajaran, murid dapat :
1.
Menjelaskan sinopsis cerpen ‘Warkah Daripada Ibu’ secara lisan.
2.
Menghuraikan sekurang-kurangnya dua watak dan
perwatakan yang terdapat dalam cerpen secara tulisan.
Pengetahuan/ Kemahiran
Sedia Ada:
- Pelajar telah membaca cerpen ‘Warkah Daripada Ibu’.
- Pelajar telah mempelajari kaedah menganalisis aspek KOMSAS semasa mereka di tingkatan satu.
Penyerapan:
·
Ilmu : Kesusasteraan Melayu
·
Nilai murni
: Ketabahan, Kasih Sayang, Bertanggungjawab, Kesabaran dan
Pengorbanan.
·
KBT
: Kemahiran berfikir,
Kecerdasan pelbagai
·
KBKK
: Menjana Idea, Menyusun Atur, Mengenal Pasti.
Kemahiran
Bahasa : Mendengar, Menulis dan Bertutur.
Sistem Bahasa : Kosa Kata, Istilah, Ejaan, dan
Sebutan.
Penggabungjalinan :
7.4 Aras 1 (iv) Membaca pantas secara imbasan dan
luncuran untuk mengenal pasti maklumat.
Langkah Pengajaran dan
Pembelajaran
Fasa dan
Isi kandungan
|
Aktiviti
Pengajaran Dan Pembelajaran
|
BBM/KBT/KBK/ Nilai
|
Set
Induksi
(6 minit)
·
Menarik minat murid
·
Menghadirkan murid dalam sesi P&P.
·
Menimbulkan perasaan ingin tahu pelajar
|
·
Guru menunjukkan replika sampul surat di
hadapan kelas.
·
Guru bersoal jawab dengan murid mengenai sampul surat yang
ditunjukkan.
·
Guru mengaitkan jawapan pelajar dengan
pelajaran pada hari ini.
|
BBM:
Replika Sampul Surat
KBT:
Kemahiran berfikir.
KBKK:
Menjana idea
Nilai:
Rasional
|
Fasa 1:
Pengenalan dan sorotan
(5 minit)
(Mengaktifkan
pengalaman lalu)
Objektif
Bercerita
mengenai pengalaman berkaitan ibu.
|
·
Guru menyatakan ciri-ciri sebuah
cerpen.
·
Guru mengedarkan sinopsis Warkah Daripada Ibu kepada
setiap murid.
·
Guru meminta murid membaca secara
senyap sinopsis tersebut.
·
Guru menceritakan secara ringkas
mengenai cerpen tersebut.
|
BBM:
Sampul surat
Kertas sinopsis
KBT:
Kemahiran berfikir.
KBKK:
Menjana idea.
Nilai:
Kerajinan
Rasional
|
Fasa 2 :
Persembahan
(10 minit)
(Isi
baharu diperkenalkan dan dihuraikan)
|
|
KBT:
Kemahiran Belajar cara belajar
KBKK:
Mengenal pasti
Menghubungkaitkan
Nilai:
Kerajinan
Keyakinan
|
Fasa 3 :
Latihan berpandu (15 minit)
(Murid
melakukan latihan konsep/kemahiran di bawah pengawasan guru)
|
·
Guru melekatkan beberapa keratan
kertas yang mengandungi ayat sinopsis pada papan putih secara tidak teratur.
·
Murid dipandu oleh guru semasa
menyusun ayat-ayat tersebut.
|
BBM:
Kertas A4, Keratan kertas, papan putih
KBT:
Kemahiran berfikir
KBKK:
Menjana idea
Nilai:
Bekerjasama
Keberanian
|
Fasa 4 :
Latihan kendiri (15minit)
(Murid
melakukan latihan menggunakan konsep/kemahiran mereka sendiri)
|
·
Setelah guru yakin terhadap
latihan berpandu tersebut, guru memberikan latihan kendiri kepada murid.
·
Guru mengarahkan setiap murid
mengenal pasti dan menulis watak dan perwatakan yang terdapat dalam cerpen Warkah Daripada Ibu.
|
KBT :
Kemahiran berfikir
KBKK :
Mengenal pasti
Nilai :
Berkeyakinan
Bersemangat
|
Fasa 5:
Penaksiran (5 minit)
|
·
Guru meminta wakil murid yang sukarela untuk membaca hasil
kerja mereka.
·
Guru menilai jawapan murid.
|
KBKK :
Menilai keputusan
Nilai :
Berani
Rasional
|
Penutup (5
minit)
|
·
Guru meminta wakil murid untuk
membuat rumusan terhadap pembelajaran pada hari ini.
|
Nilai :
Pembelajaran sepanjang hayat
|
3.0 KESIMPULAN
Berdasarkan
penulisan refleksi ini, ia membantu guru praktikum dalam mengenal pasti masalah
yang berlaku dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini amat berguna dan
penting kerana ia mempengaruhi pencapaian murid dan sekiranya seseorang guru
itu tidak melakukan refleksi terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang
berlangsung, ia pasti memberi impak kepada penerimaan dan pencapaian murid.
Sekiranya perkara ini berlaku ia akan menjejaskan prestasi murid dan guru itu
sendiri. Oleh sebab itulah refleksi dikatakan sangat penting dan berperanan
dalam bidang pendidikan.
Di samping itu, tujuan refleksi dibuat
adalah untuk mengenal pasti isu atau masalah yang mungkin dihadapi bagi tujuan
penambahbaikan. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mengenal pasti kelemahan
yang perlu diatasi dan kekuatan yang boleh dimanfaatkan. Dengan membuat
refleksi juga guru praktikum boleh merangka tindakan penambahbaikan dari sudut
peribadi dan profesionalisme.
Kesimpulannya, dengan adanya kemahiran
membuat refleksi dapat membantu guru praktikum belajar secara optimum daripada
kesilapan dan pengalaman lepas. Oleh sebab itu, refleksi juga dikatakan dapat
membantu pembelajaran sepanjang hayat dan perkembangan peribadi serta profesion
yang positif .Oleh hal yang demikian, penulisan refleksi perlu dijadikan
sebagai budaya kerja dalam profesion perguruan supaya guru dapat mengambil
langkah susulan dan membuat penambahbaikan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran bagi meningkatkan lagi mutu pendidikan di negara kita.
Subscribe to:
Posts (Atom)