Thursday, 19 May 2016
Saturday, 14 May 2016
PERANAN GURU DALAM PELAKSANAAN INOVASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI SEKOLAH
Definisi Inovatif
Kemampuan membina
transformasi atau mencipta sesuatu yang baru sama ada dalam bentuk sumber atau
kaedah yang relevan dengan perkembangan semasa ke arah penjanaan dan perkembangan
minda yang lebih dinamik.
Apakah maksud 'guru
inovatif'?
Guru yang mempunyai
kebolehan melengkapkan murid dengan kemahiran alaf baru seperti keupayaan
berfikir secara kritis, kebijaksanaan menyelesaikan masalah dan daya kreativiti
yang tinggi.
Dipetik daripada ucapan Tan Sri Dato’
Muhyiddin Mohd
Yassin,
Timbalan Perdana Menteri, semasa
sambutan hari guru
(16
Mei 2012) di Bandar Diraja Perak Darul Ridzuan.
Peranan
Guru Inovatif
- Dapat mentransformasikan proses pengajaran dan pembelajaran bagi melahirkan murid yang berdaya saing, berakhlak mulia dan bersemangat waja.
- Melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka sesuai dengan misi dan visi sekolah serta mampu memenuhi matlamat pendidikan negara ke arah meningkatkan kualiti pendidikan.
- Menguasai dan peka terhadap perkembangan dalam bidang pedagogi.
- Sentiasa memikirkan cabaran yang bakal dihadapi oleh murid setelah mereka melangkah keluar dari sekolah.
- Dapat mentransformasikan proses pengajaran dan pembelajaran bagi melahirkan murid yang berdaya saing, berakhlak mulia dan bersemangat waja.
- Melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka sesuai dengan misi dan visi sekolah serta mampu memenuhi matlamat pendidikan negara ke arah meningkatkan kualiti pendidikan.
- Menguasai dan peka terhadap perkembangan dalam bidang pedagogi.
- Sentiasa memikirkan cabaran yang bakal dihadapi oleh murid setelah mereka melangkah keluar dari sekolah.
Ciri-ciri
Guru Berinovasi
Guru
yang berkualiti adalah guru yang berinovasi. Antara ciri-ciri guru berinovasi ialah
guru mempunyai kebolehan untuk melengkapkan murid dengan kemahiran alaf baru
seperti keupayaan berfikir secara bijaksana, menyelesaikan masalah dan daya
kreativiti yang tinggi. Banyak cabaran yang ditempuhi oleh generasi muda
terutamanya pada era globalisasi ini. Sudah sepatutnya guru harus mampu untuk
menyediakan murid-murid agar mereka dapat mengharungi arus globalisasi ini.
Ciri
kedua, guru berinovasi tidak akan terikat dengan sesuatu cara dalam melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, sebaliknya sentiasa berfikir di
luar kotak pemikiran biasa untuk mencari kaedah serta pendekatan yang lebih
berkesan.
Ciri
lain yang disebut oleh Tan Sri Muhyiddin adalah memastikan murid berupaya menggunakan
ilmu yang diajarkan di dalam bilik darjah bukan semata-mata untuk berjaya dalam
peperiksaan malah membolehkan mereka menyelesaikan masalah yang dihadapi di
dunia nyata. uru harus dapat mendedahkan kepada murid tentang kaitan
ilmu yang pelajari di dalam kelas dengan dunia nyata misalnya. Misalnya, dengan
menggunakan kaedah penyelesaian masalah dengan masalah yang menyerupai situasi
sebenar. guru tidak seharusnya sekadar menyampaikan apa yang terdapat di dalam
buku teks.
Guru ini bersifat all-rounded di mana seperti yang
diperkatakan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, guru berinovatif ini guru yang
sentiasa memikirkan apakah cabaran yang bakal dihadapi oleh murid setelah
mereka melangkah keluar dari lingkungan sekolah, dan apakah ilmu yang dipelajari
di sekolah mampu memberi kelebihan kepada mereka untuk bersaing di dunia nyata.
Guru
seumpama ini juga sentiasa mengubah kaedah pengajarannya mengikut peredaran
masa. Contohnya pada masa sekarang, teknologi adalah salah satu aspek yang
tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan. Oleh itu, sekiranya
guru tersebut adalah seorang penginovasi ini pasti guru tersebut akan
melengkapkan pelajarnya dengan kemahiran teknologi.
Peranan Guru dalam Pelaksanaan
Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran
Guru
sentiasa perlu melengkapkan diri dengan maklumat-maklumat terkini dan juga
kaedah-kaedah pengajaran yang baru dan sesuai. Antara ciri guru berinovasi
adalah mempunyai kebolehan untuk melengkapkan murid dengan kemahiran alaf baru
seperti keupayaan berfikir secara bijaksana, menyelesaikan masalah dan daya
kreativiti yang tinggi.
Hal ini sejajar dengan pandangan Noriati A. Rashid
dalam Guru dan Cabaran Semasa iaitu guru-guru perlu memiliki
keupayaan dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang mampu melahirkan
generasi yang kreatif dan inovatif. Di samping itu, guru berinovasi tidak akan
terikat dengan sesuatu cara dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
dalam bilik darjah, sebaliknya sentiasa berfikir di luar kotak pemikiran biasa
untuk mencari kaedah serta pendekatan baru yang lebih berkesan. Menurut
Esah Sulaiman dalam Amalan Profesionalisme Perguruan, guru perlu cekap
mengubahsuai pengajaran, prihatin terhadap keperluan pelajar dan jangan terlalu
terikat dengan sesuatu keadaan atau bahan tertentu.
Selain itu, satu daripada tanggungjawab guru kepada murid
adalah menjadi kreatif dan inovatif. Syed Ismail bin Syed Mustapa dan Ahmad
Subki bin Miskon, 2010, mengemukakan bahawa guru yang kreatif dan inovatif
dapat mencetuskan idea baharu dan dapat menterjemahkan kehendak dan matlamat
kurikulum dengan menggunakan kaedah, pendekatan dan strategi pengajaran serta
pembelajaran yang kreatif dan inovatif.”
Noriati A. Rashid, 2009 menyatakan bahawa guru-guru tidak
sepatutnya meneruskan pengajarannya sedangkan ada dalam kalangan muridnya yang
didapati sudah hilang tumpuan. Halizah Hamzah, 2009, pula berpadangan
bahawa guru seharusnya melaksanakan kaedah atau teknik yang baharu, efektif dan
yang dapat merangsang minat murid. Kepelbagaian aktivti bukan sekadar
berupaya menarik minat murid bahkan juga boleh mewujudkan suatu situasi di mana
murid tertunggu-tunggu untuk melihat aktiviti berikutnya.
Pengajaran dan pembelajaran
juga tidak seharusnya hanya tertumpu di dalam kelas, sejajar dengan inovasi
dalam kurikulum bilik darjah, takrif bilik darjah juga adalah semakin luas dan
tidak boleh dihadkan dalam ruang empat dinding seperti pada abad ke-20. Dengan
adanya inovasi seperti ini akan menjadikan pembelajaran semakin menarik dan
pelajar tidak mudah bosan dan melahirkan generasi pelajar yang aktif, kreatif,
motivatif dan dinamik
Sunday, 8 May 2016
Subscribe to:
Posts (Atom)